Text
Persiapan Menghadapi Maut SIRI 4 : Melihat Qiamat dari Jendela Al-Qur'an
Berdialog bagi membahaskan sesuatu persoalan adalah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Tetapi bagaimanakah situasi dialog di antara ahli neraka dengan ahli syurga, sudah tentu ia amat menyedihkan. Justeru dialog antara ahli neraka dengan ahli sturga lebih merupakan rintihan, meminta simpati dan mengharap belas kasihan.
Melalui siri Persiapan Menghadapi maut SIRI 4 ini Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyingkap dialog antara ahli neraka terhadap ahli syurga.
Tanpa segan silu ahli neraka merayu dan mengharap ihsan dari ahli syurga, agar mereka dilimpahkan barang seteguk air atau apa-apa juga yang telah direzekikan oleh Allah Swt. terhadap ahli syurga. Namun Allah SWT telah menetapkan bentuk kehidupan di syurga dan kehidupan di neraka.
Masing-masing telah memilih satu di antara dua jalan, sama ada jalan syukur ataupun jalan kufur. Mereka telah menemui hujung jalan masing-masing dan memperolehi natijahnya sama ada bahagia atau azab sengsara.
Dalam buku yang berjodol, "Melihat Qiamar dari Jendela Al-Qur'an" ini Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyorot berbagai peristiwa kehidupan akhirat. Beliau mengajak para pembaca supaya merenung akhirat melalui tiga surah utama di dalam Al-Qur'an, iaitu Surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq.
Tiga surah itu merupakan jendela yang sedang terbuka untuk umat yang beriman merenung jauh ke alam akhirat, merenung dengan pandangan ilmu dan juga iman.
B01130 | 2X3.2 TAZ M | Lemari B (3) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain